23/05/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“Saya percaya PRU15 sudah terlalu hampir, malah tidak mustahil pembubaran Parlimen dalam masa terdekat” – Annuar Musa

1 min read

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa bimbang terhadap pemimpin parti-parti Melayu yang masih sibuk menyerang satu sama lain.

“Anehnya kurang sekali tumpuan serangan terhadap PH, DAP atau pembangkang. Di satu ketika YAB PM terpaksa meminta diberhentikan perbuatan menyerang pentadbirannya oleh sesama ahli parti BN sendiri,” katanya dalam satu status di akaun media sosialnya, Facebook semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut menyatakan pandangan terhadap desas desus Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada bila-bila masa.

“Saya percaya PRU15 sudah terlalu hampir, malah tidak mustahil pembubaran Parlimen dalam masa terdekat. Apakah kita akan mengulangi peristiwa PRU14 di mana parti parti melayu membawa haluan masing-masing yangg akhirnya merugikan semua kita?,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Seumur Hidup UMNO menggesa agar tumpuan semua pihak terutama pemimpin parti-parti Melayu agar meningkatkan perpaduan, membina permuafakatan dan menyusun saf yang padu sebagai formula untuk menang pada PRU15 nanti.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *