01/07/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

SYOK Spin To Win bermula 18 Julai

1 min read

Bagi pengguna aplikasi SYOK, ada suatu yang hebat bakal berlaku pada 18 Julai ini.

Pengguna berpeluang menang pelbagai hadiah menarik seperti telefon pintar Huawei P50 Premium, Huawei P50 Pro, Huawei Watch 3, Huawei Freebuds 4 dan juga barangan eksklusif SYOK berupa baju T, buku nota dan beg galas.

Cara cukup mudah, pengguna hanya perlu mengambil bahagian dalam peraduan ‘SYOK Spin To Win’ yang akan bermula dari 18 hingga 31 Julai 2022. Bagi mereka yang belum mempunyai aplikasi SYOK boleh memuat turun menerusi Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery secara percuma.

Selepas itu, pengguna boleh klik di bahagian ‘Play’ dan pilih pautan ‘SYOK Spin To Win’. Pengguna perlu menjawab tiga soalan dengan betul untuk peluang putar hadiah. Langkah terakhir, pengguna diminta melengkapkan maklumat diri pada borang peraduan sebelum hantar.

Hanya 2 penyertaan maksimum dibenarkan pada setiap hari. Menariknya, pengguna boleh putar sehingga dua 2 kali setiap hari dan boleh ambil bahagian beberapa kali sepanjang tempoh peraduan tetapi hanya dua 2 penyertaan sahaja yang boleh menang.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *