10/06/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat’ bersama Grab Malaysia

3 min read

Sempena Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi, Grab Malaysia menjemput rakyat Malaysia meneruskan amal kebajikan dengan kempen ‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat’.

Rakyat Malaysia boleh menjadikan penjimatan mereka di Grab sebagai usaha amal dengan menukar GrabRewards mereka sebagai sumbangan untuk pelbagai komuniti. Sebagai tambahan, Grab Malaysia akan memadankan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri. Antara badan amal dan organisasi yang pengguna boleh menyokong melalui inisiatif ini termasuk Islamic Relief Malaysia, PERTIWI, MERCY Malaysia dan banyak lagi.

Berkongsi inspirasi di sebalik usaha itu, Hassan Alsagoff selaku Ketua Pemasaran Negara Grab Malaysia, berkata, sama ada menyokong perniagaan kecil tempatan atau membantu seluruh komuniti untuk bangkit semula, rakyat Malaysia sentiasa gigih menghulurkan bantuan.

“Sebagai syarikat tempatan, kami mahu berada di sisi mereka pada setiap langkah untuk menjadikan usaha amal mereka lebih lancar. Dengan GrabRewards, kami berada dalam kedudukan yang unik untuk menawarkan penjimatan hebat dan peluang mudah kepada rakyat untuk berbuat baik.

“Dengan memadankan setiap derma, kami bukan sahaja berharap untuk menggalakkan lagi sikap memberi ini tetapi menunjukkan bagaimana setiap penjimatan yang anda terima di Grab boleh dijadikan peluang untuk membantu orang lain,” katanya dalam satu kenyataan media.

Di samping memadankan semua sumbangan GrabRewards yang dibuat pada masa ini, Grab menawarkan tawaran dan diskaun hebat di seluruh perkhidmatannya serta melancarkan usaha lain untuk membantu keperluan perayaan pengguna menerusi Baju Raya Edisi Terhad Rakan Grab, Tawaran Makanan Eksklusif dengan GrabUnlimited, Glam Raya Bersama Grab, GrabMart Resepi Ramadan On-The-Way, Jimatkan Perjalanan Perayaan dan Dapatkan Ganjaran Ketika Menghantar Hadiah.

Baju Raya Edisi Terhad Rakan Grab ialah memastikan komuniti pemandu dan rakan kongsi penghantaran Grab juga diingati, Grab memberi ganjaran kepada rakan kongsinya yang berprestasi tinggi dengan baju batik edisi terhad eksklusif, direka oleh Firdaus Nordin.

Tawaran Makanan Eksklusif dengan GrabUnlimited pula merujuk harga pengenalan istimewa hanya 1 sen, pengguna boleh menikmati penjimatan tambahan untuk berbuka puasa dan juadah kegemaran Ramadan dengan diskaun sehingga 50 peratus hanya dengan GrabUnlimited. Grab juga akan bekerjasama dengan beberapa penggemar makanan terkenal untuk menyerlahkan pilihan utama mereka di GrabFood, daripada makanan ruji tradisional hingga ke gabungan unik. Sebagai petua pro Grab, pengguna masih boleh menggunakan “GrabFood diskaun 50 peratus dengan Tawaran Hangat + baucar FreeDel” dengan menjadualkan pesanan anda pada jam 8 malam.

Bagi Glam Raya Bersama Grab, pengguna yang ingin menaikkan taraf fesyen raya mereka boleh menantikan pratonton khas beberapa trend terkini secara eksklusif di Grab. Dengan memanfaatkan ciri GrabLive (BETA) yang baharu, LILIT dan Zalora akan menayangkan pratonton koleksi Raya terbaru mereka pada 16 April 2022, dengan promosi eksklusif GrabPay.

Tidak ketinggalan menerusi GrabMart Resepi Ramadan On-The-Way, mereka yang tercari-cari cara baharu dan kreatif untuk menambah kelazatan hidangan Ramadan mereka yang dimasak di rumah, Grab bekerjasama dengan Chef Naem menampilkan resipi mudah dibuat yang mengetengahkan masakan ruji Melayu dengan kelainan. Beberapa resipi menarik termasuk Dumpling Ayam Masak Merah dan Lontong Goreng Pedas Makanan Laut, dan pengguna boleh mendapatkan semua yang mereka perlukan untuk mencipta semula hidangan ini daripada GrabMart.

Dalam Jimatkan Perjalanan Perayaan, sama ada pengguna merancang balik kampung atau menghabiskan cuti dengan makan angin, boleh menjimatkan semua keperluan perjalanan dengan Grab Travel Pass iaitu peluang menikmati tawaran hebat perjalanan Grab, penerbangan, hotel dan tarikan di seluruh negara, kini pada harga pengenalan istimewa RM4.90 sahaja manakala Intercity memberikan kemudahan dan pilihan perjalanan lanjut dengan potongan 10 peratus daripada tiket bas dan/atau feri melalui Intercity.

Dapatkan Ganjaran Ketika Menghantar Hadiah memberi ruang pada pengguna untuk menghadiahkan hadiah kepada insan tersayang dengan dua cabaran baharu iaitu GrabGifts Challenge dengan mendapatkan GrabRewards dan baucar tambahan hanya dengan menghantar hadiah kepada orang tersayang dekat atau jauh manakala GrabExpress Super Sender Challenge memberi penjimatan lebih RM150 setiap bulan dan peluang menang hadiah bernilai RM35,000.

“Kami mahu terus menjadi platform yang membantu rakyat Malaysia dengan keperluan mereka, sama ada dengan keperluan harian yang berpatutan, cara mudah untuk membuat persiapan perayaan atau juga dengan menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia berbuat baik kepada golongan kurang bernasib baik. Bagi pihak Grab, Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa,” ujarnya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *