02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Nak gaji RM25,000 sebulan, tapi bukan di Malaysia

2 min read

Mungkin tidak ramai yang tahu purata gaji di Dubai ialah RM25,000 sebulan. Mesti seronok jika pekerja Malaysia boleh dapat gaji sebanyak itu.

Jutawan Internet, Irfan Khairi berkongsi pengalamannya bekerja di sana turut bercerita kisah seorang bekas Ketua Pegawai Kewangan atau CFO di sebuah syarikat teknologi maklumat terkenal, Sony yang mempunyai cawangan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Pejabatnya sebelah pejabat saya je. Seorang warga negara Britain yang berhijrah ke Dubai macam saya. Kini dia lakukan perniagaan online ‘Leadership Coaching’.

“Pada mulanya dia yang tegur saya sebab nampak saya tengah vlogging pegang rig camera sambil bercakap seorang diri. Memang selalu orang tegur bila saya ‘vlogging mode’ kat luar. Orang akan tanya “Are you a YouTuber?”. Saya iya kan je la.

“Kat situlah mulanya perkenalan dengannya. Dua tiga kali berjumpa, kemudian saya tanya dia, di Sony sebagai CFO mesti gaji cecah seratus ribu ringgit sebulan. Kenapa dia berhenti? Tak takut ke?

“Katanya takut tu ada la sikit, dia akui. Tapi katanya yang lebih penting adalah, sebagai CFO walaupun gaji banyak, dia pening kepala nak ‘deal’ dengan orang. Dia ‘burn out’ dan penat kerja. Rasa ‘stress’ selalu dan dia tak mahu hidup begitu,” katanya dalam satu entri pemasaran bisnesnya menerusi emel.

Sambungnya, lelaki tersebut kini menjalankan perniagaan sendiri ‘leadership coaching’ sejak 3 tahun lalu dan pendapatan masih belum sama seperti CFO sebelum ini tetapi hampir.

“Pengalamannya dalam bidang koprat adalah lebih 20 tahun. Kalau dia tahu perniagaan online bebas macam ni, dah lama dah dia ‘quit’!.

“Saya pula kata, kalau dia ‘quit’ awal, takde la pengalaman 20 tahun untuk buat perniagaan ‘leadership coaching’. Dan dia pun setuju.

“Bila kita lihat gaji tertinggi sehingga mencecah berpuluh ribu sebulan, dan ratus ribu sebulan, memang dikategorikan sebagai tinggi dalam bidang pekerjaan. Tetapi dalam bidang perniagaan, pendapatan sebegitu adalah biasa untuk pemilik perniagaan yang berjaya,” katanya.

Tambahnya, ramai yang kata perniagaan banyak tekanan dan cabarannya.

“Memang betul pun. Bukannya mudah untuk menjana pendapatan berpuluh atau beratus ribu dalam perniagaan. Perlu beberapa tahun pengalaman juga.

“Tapi lepas berbual dengan kawan baru saya ni, saya dapati dalam dunia pekerjaan dan korporat juga, lagi tinggi pangkat kita, lagi tinggi gaji kita, lagi tinggilah juga tekanan dan cabaran bekerja,” katanya.

Irfan yang kini masih aktif mengadakan kursus buat usahawan dalam talian juga menawarkan sesi webinar percuma “Nak Jual Apa? Mulakan Perniagaan dari ZERO”.

“Tak kira berniaga atau bekerja makan gaji, kedua-duanya adalah punca rezeki. Kedua-duanya ada cabarannya dan stressnya. Lagi banyak kita usaha, cari ilmu dan pengalaman dalam bidang kita, Insha Allah pendapatan juga akan bertambah tak kira bidang apa,” katanya.

  • Kafebuzz.my
  • Foto: Visit Dubai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *