“Hari ini ayah… hari ini!” – Remy Ishak diiktiraf FFM31
1 min read
Momen paling bermakna dikongsi Remy Ishak malam tadi.
Lakonannya dalam filem Sangkar membawa tuah padanya apabila diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31).
Gaya Remy ketika naik ke pentas mahu mengambil anugerah tersebut cukup menarik perhatian penonton. Ucapan dan senyumannya menunjukkan dia begitu puas dengan pencapaian itu yang diiktiraf juri dan FINAS selaku penganjur FFM31.
Bagi pelakon senior dan berpengalaman itu, anugerah yang diterima pada majlis anugerah berprestij seperti ini suatu yang memberi makna besar pada karier seni.

Remy berkata, pengalaman berlakon dalam filem aksi arahan Kabir Bhatia itu bukan kerja mudah.
“Pernah dulu arwah ayah tanya, Abg emy bila nak pegang trofi FFM?. Bukan kerja senang, lepas jari kaki patah training BJJ dgn choreographer, lepas seksa mental & fizikal utk naik kan berat badan dari 78kg ke 90kg dalam masa sebulan, lepas training fights siang malam, lepas fight on scenes dengan jari kaki yg patah tapi berlakon mcm takde apa2 yg berlaku dan lepas ayah pergi tinggalkan dunia.
“Hari ini ayah… hari ini!,” katanya dalam status di Instagramnya, @remyishak hari ini.
Remy juga menyatakan penghargaan pada panel juri FFM31 dan FINAS atas anugerah yang diterimanya itu.
- Kafebuzz.my
- Foto: Azlin Abas

