01/07/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Teknologi VFX dan BGM buat penonton terpukau menonton sekuel Aranmanai 3

2 min read

Pembalasan dendam dua roh yang mengerikan.

Bayangkan bagaimana syaitan cuba membalas dendam hingga mencetuskan rasa takut yang melampau.

Bayangkan bagaimana kehidupan seorang wanita menyedari wujud roh yang menghantui dirinya sejak zaman kanak-kanak. Apakah yang perlu dia lakukan? Apakah jawapan pada wanita itu dapat daripada kewujudan roh tersebut.

Bagi peminat genre seram dan komedi, filem sekuel Aranmanai 3 kembali menemui penonton di seluruh dunia bermula 14 Oktober lalu.

Aranmanai 3 ditayangkan di pawagam bermula 14 Oktober lalu.

Pengarah MSK Group, Saradha Sivalingam Kalai berkata, kisah pembalasan dendam dua roh menjadi plot yang menarik untuk disampaikan dalam sekuel ketiga kali ini.

“Ia suatu yang berbaloi menonton filem ini kerana babak seram yang ditunjukkan lebih seram daripada dua filemnya sebelum ini.

“Menariknya, ia juga digabungkan dengan genre seram dan komedi yang boleh membuatkan fikiran penonton terpukau dengan teknologi VFX dan BGM,” katanya.

Susulan banyak sektor ekonomi sudah dibuka operasi dan lebih banyak kelonggaran pada kehidupan ketika ini, Saradha mengajak penonton untuk merasai pengalaman yang menakjubkan menerusi sistem audio filem ini di pawagam.

“Ia akan memberikan penonton rasa teruja dan lebih menakutkan,” katanya.

Genre seram dan komedi menjadi pertaruhan filem Aranmanai 3.

Bagi peminat filem Tamil di Malaysia masih berpeluang menonton filem ini yang dibawakan oleh KS MOVIE SDN BHD dengan kolaborasi bersama LOTUS FIVE STAR AV. Filem terbaharu kali ini yang merupakan sekuel ketiga sudah pasti menjanjikan lebih banyak aksi dan kisah drama yang mahu disajikan kepada penonton.

Aranmanai 3 mempersembahkan lakon layar yang menarik dengan merungkai misteri di sebalik hubungan, kekuatan dalaman dan satu persatu elemen suspen yang mengerunkan hingga meresahkan penonton sebagai gaya penceritaan Aranmanai.

Aranmanai 3 dijangka kembali mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton.

Bagi memberikan aksi penuh bertenaga, filem ini dijayakan pelakon berpengalaman terdiri daripada Arya, Sundar C, Andrea Jeremiah, Raashi Khanna, Vivek, Yogi Baby dan ramai lagi.

Filem Aranmanai 3 dijangka mencetuskan kembali fenomena dalam kalangan penonton selepas dua filem sekuelnya sebelum ini meraih kutipan pecah panggung di Malaysia. Filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 14 Oktober 2021.

Antara babak menarik dalam filem sekuel Aranmanai 3 yang kini ditayangkan di pawagam.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *