Empat drama terbaik Korea temui penonton Astro
1 min read
Sepanjang Oktober ini, peminat drama Korea berpeluang menonton 4 drama terbaik.
Pelanggan Astro boleh menikmati tayangan perdana K-drama terhebat termasuk aksi, misteri seram, romantik dan drama keluarga pada Oktober ini, di Astro menerusi tvN (Saluran 395 HD), Oh!K (Saluran 394 HD), KBS World (Saluran 392 HD).
Peminat K-drama juga boleh strim episod yang disediakan di On Demand dan Astro GO.

Drama misteri seram dan aksi Korea, Jirisan dibintangi Jun Ji Hyun, Joo Ji Hoon dan Sung Dong II bermula 24 Oktober ini setiap Ahad dan Isnin di tvN (saluran 395 HD). Tayangan drama ini jam 9.15 malam serentak pada hari sama tayangan di Korea membawakan kisah sekumpulan petugas hutan yang mendaki Gunung Jiri iaitu gunung tertinggi di Korea Selatan.
Prekuel daripada siri asal ‘The Veil’ berjudul ‘Mobius: The Veil’ menampilkan Park Ha Sun, Jung Moon Sung, and ramai lagi akan menemui penonton pada 30 Oktober ini jam 7.50 malam di Oh!K (saluran 394 HD). Ia mengisahkan permulaan ejen NIS dan kisah-kisah mereka. Kehidupan dan hubungan mereka yang rumit ditampilkan dalam episod istimewa ini.
Peminat drama romantik dan komedi pula jangan lepaskan peluang menonton drama ‘Dali and Cocky Prince’ yang membariskan pelakon Kim Min-Jae, Park Gyu-Young dan Kwon Yool, bermula 14 Oktober ini setiap Khamis dan Jumaat jam 9.05 malam di KBS World (saluran 392 HD).

Drama keluarga dan romantik Korea, ‘The All-Round Wife’ pula menggandingkan Han Da-Gam, Han Sang-Jin, Shin Seung-Hwan dan ramai lagi disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat bermula 11 Oktober ini di KBS World (saluran 392 HD) jam 7.50 malam.
- Kafebuzz.my

