25/05/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Drama bersiri popular Korea, Yumi’s Cells temui penonton menerusi platform iQiyi

1 min read

Kisah adaptasi popular menerusi saluran webtoon ini yang menggunakan judul sama pernah meraih lebih 3.2 bilion tontonan.

Ia mengisahkan Yumi, seorang gadis biasa yang juga pemalu di pejabat mempunyai perspektif di mana sel otak mengawal pemikiran dan perasaannya.

Drama bersiri ini diarahkan Lee Sang Yeob dan dibintangi Kim Go-eun dan Ahn Bo-hyun. Ketika sesi baca skrip, Ahn beranggapan Kim tidak cukup bagus untuk memainkan watak yang diberikan.

“Apabila saya berjumpa dia di set penggambaran, saya rasa seperti Yumi berjalan keluar dari webtoon,” katanya.

Ahn mengakui dia perlu lebih banyak berusaha untuk memastikan karakter yang dilakonkan sama seperti mana apa yang diharapkan peminat seperti kulit lebih gelap, simpan rambut panjang dan berjambang.

Bagi Kim, dia begitu gembira ketika berada di set penggambaran.

“Saya berada di set 99 peratus masa di sana. Selepas 7 bulan penggambaran, saya tidak dapat berhenti gelak apabila saya ternampak pengarah,” katanya.

Dalam drama bersiri ini, Yumi melalui perjalanan untuk memahami diri sendiri hingga bertemu cinta. Peminat dan penonton boleh menonton Yumi’s Cells mulai 17 September lalu secara eksklusif jam 10.55 malam setiap Jumaat dan Sabtu di iQiyi International app atau iQ.com.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *