03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Grab Malaysia ajak pengguna bantu komuniti menerusi #KitaFeedKita

2 min read

Gah sebagai jenama penghantar makanan popular di negara ini, Grab meneruskan sikap prihatin mereka kepada masyarakat ketika pandemik COVID-19 menerusi kempen #KitaFeedKita.

Sebagaimana rakyat Malaysia berdepan cabaran hidup besar ketika ini, Grab Malaysia menyokong dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Usaha ini dijalankan di seluruh negara dalam usaha membantu orang lain.

Kempen #KitaFeedKita memberi peluang pada pengguna Grab untuk menyumbang sama ada dalam bentuk tunai atau mata GrabRewards kepada MakanKongsi 2.0 sebagai bantuan menyokong komuniti yang terkesan akibat pandemik.

Sebagai tarikan, Grab menawarkan diskaun kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi untuk menghantar makanan dan barang keperluan kepada mereka yang memerlukan menerusi GrabExpress.

Ketua Pemasaran Negara Grab Malaysia, Hassan Alsagoff berkata, kempen #KitaFeedKita diinspirasi daripada mereka yang mahu menyumbang kepada komuniti tempatan.

“Ada yang kehilangan kerja, nyawa dan pendapatan, apa yang lebih penting pada hari ini ialah kita membantu kehidupan mereka.

“Kami komited menggunakan platform kami untuk menyediakan ruang untuk apa yang rakyat Malaysia perlukan seperti pendapatan, makanan dan keperluan harian. Dengan teknologi dan platform pelanggan yang luas, kami mengenal pasti posisi unik kami sebagai fasilitator untuk memberi sokongan.

“Kami dengan rendah hati bekerjasama dengan MakanKongsi 2.0 sebagai rakan pengedar untuk inisiatif #KitaFeedKita. Kami mengalukan pengguna Grab untuk menyumbang agar mereka dapat meneruskan kerja murni yang mereka lakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

MakanKongsi2.0 dianjurkan bersama oleh The Good Kitchen dan Engage untuk memastikan sebilangan besar komuniti mendapat barang keperluan asas untuk keluarga mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Tidak Seseorang Patut Berlapar.

Bagi mendapatkan diskaun untuk organisasi menyumbang menerusi GrabExpress boleh menghubungi Grab di sini untuk mendapat kod promo bagi penghantaran besar menerusi GrabExpress Instant perkhidmatan (kereta atau MPV).

Pengguna juga boleh menyumbang makanan menerusi GrabPay wallet di mana ia akan disalurkan secara langsung kepada MakanKongsi 2.0 untuk membantu tabung bagi menyediakan makanan.

Pengguna Grab juga boleh membantu menerusi NGO yang terbabit dalam katalog GrabRewards iaitu PERTIWI Soup Kitchen dan The Lost Food Project.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *