02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

3 Penyiar Bigo Live Malaysia bertanding di peringkat Asia Tenggara

1 min read

Pendahulu platform penstriman secara langsung global, Bigo Live meraikan ulang tahun ke-5 pada tahun ini dengan lebih 400 juta pengguna di seluruh lebih 150 negara.

Bagi menyambut pencapaian ini, Bigo Live menganjurkan program ‘Music Livehouse’ selama 24 jam yang menyaksikan persembahan dari penyiar Bigo Live di rumah pengguna dari seluruh dunia.

Apa yang membanggakan, program penstriman secara langsung ini ditonton lebih 3.8 juta pengguna di seluruh dunia dengan menampilkan lebih 400 bintang Bigo Live serata Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Berlangsung selama 24 jam, ‘Music Livehouse’ ini menyaksikan pembabitan pengguna yang begitu teruja dalam aktiviti aplikasi seperti mesej ucapan di Bigo Bar, Bigo Live’s in-app feed yang mencecah lebih 16,000 post unik dan 171,000 ‘likes’.

Tumpuan pada program penstriman secara langsung ‘Music Livehouse’ ini juga adalah pengumuman Top 3 penyiar Asia Tenggara.

Menariknya, pengguna boleh mengundi dan mengambil bahagian dalam menyampaikan hadiah secara virtual kepada penyiar kegemaran mereka menerusi aplikasi Bigo Live.

3 penyiar terbaik Bigo Live dari Malaysia ialah:

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *