Zizan Razak duta Free Fire Malaysia, bagi ganjaran pada ‘Survivors’
3 min read
Ramadan turut diraikan ‘Survivors’ iaitu gelaran pada pemain permainan mudah alih dalam talian popular, Free Fire.
Menerusi acara Ramadan 2021 yang diterbitkan secara global oleh Garena, Free Fire menyajikan pelbagai aktiviti dan ganjaran hebat untuk rakyat Malaysia sepanjang bulan mulia ini sambil menzahirkan amalan memberi.
Sejajar dengan acara ini, Garena memperkenalkan pelakon popular, Zizan Razak sebagai duta jenama selebriti Free Fire yang pertama di Malaysia, sekaligus mengembangkan strategi Garena untuk menyediakan pengalaman sentuhan tempatan yang mengujakan kepada ‘Survivors’ di negara ini.

Menurut satu kenyataan media, acara Ramadan Free Fire menggalakkan ‘Survivors’ di Malaysia untuk berkongsi kebaikan antara satu sama lain dengan amalan memberi, lebih-lebih lagi pada masa ini di mana ramai sedang berjauhan dengan insan tersayang. Dengan menyatukan komuniti dalam Free Fire, ‘Survivors’ dapat mengatasi jarak fizikal untuk bersama-sama mencipta kenangan dan detik menyeronokkan.
Mulai 6 hingga 16 Mei, ‘Survivors’ dapat menebus hadiah setiap hari dan berkongsinya dengan rakan-rakan mereka, dengan menerima satu dan memberi satu hadiah sahaja setiap hari. Ganjaran hebat seperti ‘Custom Room Card’ dan beg galas ‘Verdant Soul’ bertemakan Ramadan akan diberikan hanya pada 13 Mei ini.
Bagi menyemarakkan semangat memberi, ‘Survivors’ juga dapat memperoleh ganjaran pencapaian individu berdasarkan jumlah hadiah yang dikongsikan mereka. Serlahkan amalan memberi pada bulan Ramadan ini untuk mendapat pelbagai hadiah menarik seperti ‘Celadon Grail lootbox’ dan ‘Persia Prowess Bundle’.

Di samping itu, ‘Survivors’ di Malaysia boleh bersama-sama menghitung hari untuk menyambut Aidilfitri dengan memperoleh ‘bonus log-masuk’ yang hebat sebagai komuniti. Ia termasuk kad percubaan ‘weapon skin’ serta watak-watak kegemaran peminat.
‘Survivors’ juga akan menerima ganjaran dalam bentuk token Lemang bagi setiap perlawanan yang disertai, yang dapat ditukar dengan ‘M82B- Dragon Mob gun skin’ secara percuma sepanjang tempoh acara Ramadan 2021.
Lebih banyak hadiah eksklusif menanti ‘Survivors’ yang log masuk pada 13 Mei ini, di mana pemain yang bermain selama lebih 30 minit boleh mendapat ‘Magic Cube’ yang amat berharga, yang boleh ditukar dengan kostum ‘bundle’ pilihan mereka.
Malahan, keseronokan akan diteruskan selepas ‘Peak Day’ dengan misi Lanjutan Hari Raya. Dengan menyempurnakan misi, ‘Survivors’ juga dapat memiliki ‘Jungle Excursion skyboard’ eksklusif yang membolehkan mereka meluncur di langit dan memasuki medan perang dengan penuh bergaya.
Zizan pula menyatakan perasaan amat teruja untuk menjadi duta Free Fire yang pertama di Malaysia.
“Sebagai pelakon, saya berazam menghiburkan dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi rakyat Malaysia. Dengan Free Fire yang menetapkan piawaian untuk permainan kompetitif di Malaysia, saya berharap dapat menyertai gelombang e-sukan yang sedang berkembang pesat, dan membawa hiburan yang hebat ini kepada belia tempatan,” katanya.

Zizan dipilih sebagai duta jenama Free Fire yang pertama di Malaysia disebabkan permintaan tempatan yang popular. Dia akan menjadi wajah Free Fire di Malaysia bagi tahun 2021 dan akan muncul dalam pelbagai bahan pemasaran Free Fire, termasuk iklan TV, sebuah filem pendek eksklusif, dan video muzik yang masing-masing akan disiarkan di media sosial Free Fire seperti YouTube dan Facebook pada 8 Mei dan 13 Mei ini.
“Ia juga amat bermakna bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini pada bulan Ramadan terutamanya dengan tema saling memberi dan berkongsi kebaikan. Saat-saat hebat sedemikian dapat mengeratkan persahabatan sesama rakan, dan kenangan yang mana kita sama-sama memberi sokongan antara satu sama lain, pasti akan menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan, apabila kita menggamit memori lama suatu hari nanti,” ujarnya.
- Kafebuzz.my

