“Wow, ‘best’nya Allah bagi saya peluang untuk menjadi insan terpilih. Ini hadiah terbaik buat saya” – Ogy
2 min read
Berapa ramai artis yang kejar ‘saham’ akhirat?
Ia dianggap klise atau mengundang persepsi berbeza dalam kalangan artis. Namun, dalam mencari rezeki seharian, amalan melakukan kebaikan perlu diteruskan.
Bagi seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy menyifatkan peluang membabitkan diri sebagai sukarelawan dan duta aktiviti kemanusiaan merupakan peluang keemasan yang ditunggu.
“Ini cara saya melibatkan diri dengan badan bukan kerajaan (NGO). Saya tidak hadkan diri dalam platform seni sedangkan anak seni merapatkan orang lain, mengajak diri pada orang luar dan mengajak mereka bersama meraikan peluang keemasan dan ganjaran pahala,” katanya kepada Kafebuzz.

Ujarnya, beliau diajak menyertai Yayasan Ammirul Ummah sejak tahun lalu dan kini dilantik sebagai ‘Premier Volunteers’ atau duta yang juga sukarelawan organisasi tersebut.
“NGO ini ada cawangan di Indonesia dan mereka banyak membantu orang lain bukan saja mewakafkan al-Quran dan bantuan makanan tetapi ada pelbagai perancangan lain.
“Mereka mengajak saya pergi ke negara lain untuk mengagih al-Quran dan mencari orang miskin bukan saja memberi bantuan wang ringit tapi makanan dan kit solat,” katanya.
Ogy yang juga popular dengan bisnes Sambal Kurau Masin Berlado menyatakan pada usia 58 tahun Allah tunjuk jalan padanya agar merebut peluang keemasan ini.
“Apa yang termampu saya buat, saya buat. Niat membantu perlu diteruskan selepas Ramadan hingga pada masa akan datang.
“Wow, ‘best’nya Allah bagi saya peluang untuk menjadi insan terpilih. Ini hadiah terbaik buat saya.
“Jika tahun lepas betapa Allah menguji saya tapi pada tahun ini, Allah beri rezeki dan peluang keemasan ini pada saya,” katanya.
Sepanjang Ramadan ini, pelbagai aktiviti yang dijalankan dan dirancang iaitu bicara Al Quran, bersama golongan orang kelainan upaya (OKU), wakaf al-Quran, infaq Ramadan (kurma), ‘foodbank’, membina dan menyelenggara masjid di Malaysia dan Indonesia, sumbangan ke Gaza Dan Syria serta sumbangan kit ibadah.
Bagi mereka yang mahu menghulurkan sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Yayasan Ammirul Ummah iaitu Maybank: 563019271201 atau
CIMB Bank: 8603338218.
Sumbangan berupa Wakaf Quran boleh dilakukan di sini atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi Mohd Kamal.
- Kafebuzz.my

