30 lagu berentap ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36
1 min read
Teka teki penggiat muzik dan juga peminat untuk mengetahui 10 lagu terakhir tersenarai ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 akhirnya terjawab.
Pengacara Sissy Imann bersama Muaz Mohamed mengumumkan senarai 10 lagu yang terakhir menerusi siaran langsung program Muzik Muzik 36 baru-baru ini. Suasana studio Muzik Muzik 36 turut dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu Haqiem Rusli dan Siti Nordiana.
Separuh akhir Muzik Muzik 36 ini akan berlangsung pada 31 Disember ini dan 1 Januari 2022.







- Kafebuzz.my

