02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

25 filem ikonik James Bond temui penonton Astro

2 min read

Istimewa buat peminat agen 007.

Bersempena tayangan pawagam filem terbaharu James Bond 007, ‘No Time To Die’, Astro dan MGM berbesar hati mempersembahkan kepada peminat-peminat James Bond, koleksi 25 filem ikonik James Bond menerusi saluran sementara 007, di Saluran 407, Astro GO dan On Demand dari 15 Oktober ini hingga 7 November depan.

Pelanggan Movies Pack akan dapat menikmati lebih banyak hiburan kegemaran mereka dengan 25 filem aksi menarik yang menampilkan ejen ikonik M16 Britain, James Bond, dari filem ‘Dr. No’, lakonan Sean Connery hinggakan ‘Spectre’, lakonan Daniel Craig di Saluran 407 dan On Demand.

Ditampilkan melalui 6 pelakon yang membawakan adegan sensasi dan aksi luar biasa, pelanggan dapat menantikan filem-filem seperti ‘Dr. No, From Rusia With Love, Goldfinger, Thunderball, You Only Live Twice, Diamonds Are Forever’ dan ‘Never Say Never Again’ menampilkan Sean Connery.

Tidak ketinggalan, kemunculan sulung George Lazenby dalam filem ‘On Her Majesty’s Secret Service’. Filem ‘Live and Let Die, The Man with the Golden Gun, The Spy Who Loved Me, Moonraker’ memperlihatkan aksi Roger Moore.

Dua filem ikonik pecah panggung, ‘The Living Daylights’ dan ‘License to Kill’ pula menampilkan kehebatan Timothy Dalton manakala ‘GoldenEye, Tomorrow Never Dies, The World is Not Enough’ dan ‘Die Another Day’ dilakonkan Pierce Brosnan. Jangan lupa, filem hebat ‘Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall’ dan ‘Spectre’ dibintangi Daniel Craig.

Peminat juga boleh berhibur dengan tayangan perdana filem-filem 007 mengikut kronologi pada setiap hari jam 9 malam yang menampilkan filem pertama dari 1963 hingga 2015.

Sebagai tambahan, peminat boleh menyaksikan dokumentari ‘Everything or Nothing: The Untold Story of 007’, yang berfokus kepada tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama – penerbit, Albert R. Broccoli dan Harry Saltzman, serta pengarang buku, Ian Fleming.

Dokumentari ini memberi pandangan yang menghiburkan dan nostalgia kepada peminat tentang naratif penceritaan yang mendebarkan dan berinspirasi di sebalik koleksi filem-filem ini yang merupakan koleksi filem paling lama diterbitkan sepanjang sejarah pawagam.

“Pelanggan kami berhak mendapat pilihan hiburan yang terbaik. Sempena ulang tahun ke-25 Astro, kami berbesar hati bekerjasama dengan MGM untuk membawa pelanggan Movies Pack kami dengan hiburan yang pelbagai, dan tiada yang lebih baik daripada filem-filem aksi pengintipan James Bond yang mengujakan buat peminat merentasi zaman,” kata Pengarah Kandungan, Astro, Agnes Rozario.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *