02/05/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Zayan Terbaik Buat Pendengar Setia, Selamat Hari Jadi!

2 min read

Stesen radio berkonsepkan Islamik moden, Zayan meraikan ulangtahun kedua hari ini.

Dua tahun dianggap tempoh singkat untuk menilai pencapaian sebuah stesen radio dibandingkan stesen radio lain yang beroperasi lebih lama.

Zayan yang lebih dikenali menerusi gandingan duo penyampai segmen Salam Bros, Mawi bersama Anas Tahir membuktikan mereka mempunyai tarikan tersendiri pada pendengar setia.

Jika banyak stesen radio lain gemar meletakkan pelawak sebagai taruhan penyampai radio, Zayan sebaliknya masih mengekalkan Mawi dan Anas untuk mengendalikan segmen slot pagi tersebut.

Selama dua tahun Zayan beroperasi, Mawi dengan Anas terus bersama. Ini juga menjadi pencapaian terbaik buat dua penyampai ini yang mempunyai latar belakang seni berbeza.

Sudah tentu, aura Tsumawi turut membantu Zayan menarik perhatian pendengar apatah lagi membina sebagai satu jenama stesen radio baru diterima ramai.

https://www.instagram.com/p/B3Hh-2KjPqA/?utm_source=ig_web_copy_link

Segmen Mawi Jawi antara kandungan popular yang mempunyai pengikut setia dalam kalangan pendengar mereka.

Begitu juga, satu-satunya ‘bunga’ yang masih bertahan, Lin Ariffin banyak mengupas pelbagai kisah wanita dalam segmen ZOTD.

Tidak terkecuali, penyampai Falyq dan Shamsul Q masing-masing mempunyai keistimewaan pada personaliti mereka yang menghiburkan pendengar.

Seperti mana manusia sambut hari jadi sudah tentu mempunyai hajat atau impian yang mahu dicapai.

Bagaimana pula impian Zayan? Apa lagi perubahan baru yang Zayan bakal perkenalkan selepas ini?

Apapun, kelima penyampai Zayan ini adalah terbaik buat pendengar setia mereka termasuk gandingan serasi bersama ketua mereka, Wan Syahrul Amry Wan Mansor selaku Pengurus Kandungan.

Selamat hari jadi buat Zayan!

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *