18/05/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Tonton Drama Terbaik TV3 Di Mana Saja, Bila-Bila Masa Ikut Suka Hati Anda! Hanya Di iflix

2 min read

Berita baik buat penonton iflix.

Perkhidmatan hiburan digital terbesar di Asia Tenggara itu kini menyiarkan drama-drama terbaik TV3 untuk penggemar hiburan lokal secara percuma.

Menariknya, ia disiarkan hanya satu jam selepas di televisyen.

Episod terbaru Ajari Playboy Itu kini boleh distrim atau dimuat turun di iflix dengan percuma.

Disamping itu, lebih banyak judul bakal ditambah ke koleksi drama iflix seperti Kariah Cak Pong mulai 8 Julai, Mimpi Sabrina dan Semua Salahku (11 Julai) dan Atin, Atan & Mak Cun (18 Julai).

Kesemua drama ini dapat ditonton hanya satu jam selepas ditayangkan di televisyen dan boleh ditonton di mana saja, bila-bila masa ikut suka hati anda!

https://www.instagram.com/p/BzndYtkpa-c/

Bermula 12 Julai, koleksi rancangan TV3 yang digemari ramai dan merangkumi pelbagai genre seperti komedi, hiburan dan program realiti seperti Bukan Untukmu, Diandra, Hujan, Misi Betty dan Bintang Mencari Bintang bakal dihimpun dalam satu saluran premium berjudul TV3 Ekspres untuk kemudahan navigasi dan penemuan buat pengguna.

Pengurus iflix Malaysia, Dinesh Ratnam percaya setiap orang harus diberi kebebasan untuk menikmati hiburan kegemaran mereka.

“Jadi kami cukup berbesar hati membawakan hiburan yang terbaik dari TV3 ke iflix yang boleh distrim atau dimuat turun dengan percuma, hanya satu jam selepas ditayangkan di televisyen. Semua orang boleh berhibur, ikut suka Hati.

“Para penggemar hiburan di Malaysia bakal menikmati lebih banyak judul-judul ‘catch-up’ dan judul klasik dari TV3 di saluran TV3 Ekspres di iflix tidak lama lagi,” katanya.

https://www.instagram.com/p/BzXzTEkJv4o/

Dalam satu kenyataan, iflix juga menyatakan penambahan program-program TV3 di iflix adalah sebahagian daripada usaha kerjasama strategik antara iflix dengan Media Prima Berhad bertujuan meningkatkan lebih banyak penawaran program tempatan di platform digital iflix.

Kerjasama ini juga merangkumi rancangan untuk penerbitan program baru serta produksi drama bersama Media Prima.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *