28/04/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Superstar Sivaji Dikawal Ketat

1 min read

Kelmarin, ramai pengguna media sosial yang juga peminat hero filem Tamil popular, Rajinikanth memuat naik status dan memberi komen terhadap kehadiran superstar itu.

Apa yang peminat tahu, menerusi laporan media tempatan dan antarabangsa, Rajinikanth hadir ke sini untuk menjalani penggambaran filem barunya, Kabali yang mengambil lokasi di Melaka.

Sudah tentu, sebaik hero filem terkenal Sivaji ini menjejak kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelibatnya sentiasa diperhatikan peminat.

Terkini, Rajinikanth yang tiba di lokasi penggambaran kelihatan dikawal ketat beberapa orang pengawal peribadi dan anggota keselamatan, RELA.

Menariknya, gambar yang dikongsi RBSI – Rajini Biggest Superstar Of India di Facebook itu turut menunjukkan pelakon itu mengambil gambar ‘selfie’ bersama peminatnya sebaik keluar dari kenderaan MPV.

Mungkin ia adalah perkara biasa yang dilalui Rajinikanth ketika di lokasi penggambaran dan peminat fanatiknya pasti tidak mahu melepaskan peluang melihatnya dengan lebih dekat.

image image image image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *