05/05/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Misteri Kapsul Terbongkar 17 September

2 min read

Filem genre kenegaraan kembali menwarnai industri perfileman tanah air apabila satu filem baru berjudul Kapsul akan menjengah pawagam pada 17 September nanti.

Filem terbitan produksi Two Tones Sdn Bhd ini membawa kelainan menerusi plot penceritaan yang cuba merungkai misteri kapsul masa yang pernah ditanam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M).

Menariknya, filem ini diolah secara fiksyen mengikut zaman berbeza seperti ketika askar Melayu menentang Jepun pada tahun 1942, era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak (kedua) dan Tun M.

Menampilkan pelakon utama, Faizal Hussein yang memegang watak Zohri, filem ini juga menjadi penghargaan buat pengarahnya, Allahyarham Martias Mohd Ali yang turut bertanggungjawab sebagai penulis cerita asal dan penulis skrip.

Sebagai tarikan, filem ini diberi sentuhan imej janaan komputer (CGI) yang diarahkan Amru Najmi Osman. Bersama Faizal, filem ini juga dibintangi 30 pelakon popular dan artis jemputan antaranya Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Qazeem Noor, Elly Mazlein, Meor Hashim Manap, Zamarul Hisham, Jue Aziz, Adlin Aman Ramli, Aman Graseka, Sharudin Thamby dan Zila Bakarin serta penampilan istimewa Tun M dan jutawan Internet, Irfan Khairi.

Filem ini menjalani penggambaran sekitar Kuala Kangsar, Lenggong, Sayong, Ipoh, Perak; Kuala Lumpur, Cyberjaya, Putrajaya dan Klang. Berikut beberapa foto daripada adegan filem berkenaan.

image

KEJUTAN… penampilan istimewa Tun M sebagai pelakon undangan dalam filem Kapsul.

image

MENGHAYATI… adegan penduduk tempatan ketika diseksa tentera Jepun.

Image_3

PENGGEMBARAAN… Zohri lakonan Faizal diberi peluang melalui pelbagai zaman lampau untuk mengenang perjuangan bangsa Melayu.

Image_4

MENJIWAI… pelakon senior, Mior Hashim Manap melakonkan watak penduduk kampung yang diseksa tentera Jepun.image

KENANGAN… arwah Martias (tiga dari kiri) bergambar bersama barisan pelakon dan kru filem Kapsul ketika selesai penggambaran di Kuala Kangsar, Perak.

image

– Kafebuzzmy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *