22/05/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Ketika PKP, Angkasawan Negara Pun Bawa Kapcai Hantar Makanan!

1 min read

Nampak macam Angkasawan Negara hantar makanan?

Memang sukar dipercayai jika kita sendiri ternampak kelibat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor membawa kapcai untuk menghantar makanan.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa pada masa ini, permintaan terhadap makanan menerusi ‘delivery’ begitu tinggi dan pekerja penghantar makanan yang turut dianggap ‘frontliner’ sibuk bekerja.

Dalam ramai-ramai penghantar makanan yang berkerja rupanya Angkasawan Negara kita ini juga sanggup turun padang buat kerja menghantar makanan pada pelanggan.

Menerusi status beliau di Instagram hari ini, Dr Sheikh Muszaphar juga memuatkan naik gambarnya menghantar makanan dengan membawa motosikal jenis kapcai.

https://www.instagram.com/p/B_RnG8fHckr/?utm_source=ig_web_copy_link

Jelasnya, dia yang merupakan pemilik bersama restoran Rebung kembali membuka bisnes makanan itu sejak minggu lalu.

Apa yang menarik, sebagai tauke sudah tentu kita menyangka beliau akan menyuruh pekerjanya menghantar makanan sebaliknya beliau sendiri jadi ‘budak delivery’!

Pastinya pelanggan teruja apabila ketika mengambil makanan terserempak Angkasawan Negara sendiri yang menghantarnya.

Semangat dan sikap yang ditunjukkan Dr Sheikh Muszaphar itu suatu yang boleh kita semua contohi.

Tidak semestinya kita sudah kaya dan berpangkat besar tidak boleh melakukan kerja kebanyakan orang lain.

Syabas buat Angkasawan Negara!

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *