02/05/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Buku Nasir Jani Pemberontak Filem Tarik Perhatian Dr Maszlee, Nurul Izzah Anwar

1 min read

Siapa tidak kenal Nasir Jani?

Pengarah filem tersohor yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi filem arahannya, Kembara Seniman Jalanan, terus menjadi kenangan pahit dan manis buat industri perfileman tanah air.

Mungkin tidak ramai yang tahu Nasir juga adalah perjuangan reformasi yang lantang bersuara mengenai permasalahan pembikin filem khususnya isu cetak rompak.

Tahun lalu, beliau muncul dengan buku berjudul Cetak Rompak Kepala Bapak. Buku tersebut bukan saja menarik perhatian pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengetahui lebih lanjut isu cetak rompak.

Malah, lebih menarik ia juga menjadi naskhah istimewa diberikan Nasir sendiri kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil di Parlimen sebelum ini.

1DC13935-C739-4189-91E3-976863BCAA1F

Nampaknya Nasir belum jemu mahupun putus asa dalam membanteras isu cetak rompak apatah lagi usahanya disokong rakan artis iaitu Ito Blues Gang dan pelakon terkenal filem Gila-Gila Remaja, Faichal Ahmad.

Buat peminat Nasir dan pencinta filem tempatan, Nasir kembali dengan buah tangan terbaru berjudul Pemberontak Filem.

04AAD087-E246-41F1-BE00-2F090A44268F

Bagi mereka yang mahu membeli buku istimewa ini boleh datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Nasir memberitahu Kafebuzz, beliau masih berada di sana sehingga hari terakhir acara berkenaan pada 7 April ini.

2FDF6BF6-5476-486B-9E94-F8E30880BB67

Jika anda mahu membeli buku terbaharu Pemberontak Filem sambil mendapatkan autograf Nasir boleh datang ke gerai Rabak Lit terletak di Aras 4.

Jika Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bersama Ahli Palimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sudah mendapatkan naskhah istimewa ini, anda bila lagi.

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *