05/05/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Jadi Produser Gali Kubur Sendiri

1 min read

Filem bagus dalam erti kata terhibur apabila ditonton tetapi gagal dari aspek sambutan penonton dan kutipan tiket.

Itu bukan situasi yang pelik berlaku pada industri filem tempatan.

Di sebalik kualiti karya yang dihasilkan dari aspek plot, aksi lakonan, barisan pelakon, sinematografi, kesan khas, imej janaan komputer (CGI) dan tema bersama mesej yang ingin disampaikan, masih wujud produser yang mengabaikan aspek promosi.

Ada sumber yang sering menjalankan bisnes promosi filem mengakui segelintir produser bersikap kedekut untuk melabur sejumlah wang dari aspek promosi.

“Mereka ini sekadar mengharapkan publisiti percuma yang diberikan media suratkhabar tanpa memikirkan betapa penting membeli iklan di media cetak, elektronik termasuk portal hiburan yang memainkan peranan besar tarik penonton ke pawagam,” katanya kepada Kafebuzz baru-baru ini.

Tambah sumber itu lagi, akibat kurang peka produser sebegini untuk melabur wang promosi, ia boleh mengakibatkan filemnya berisiko besar gagal dari aspek sambutan penonton ke pawagam.

Pandangan sama diluahkan pengarah terkenal, Osman Ali menerusi Facebook menyatakan jika filem itu dihasilkan dengan hebat sekalipun tanpa usaha promosi diibaratkan menggali kubur sendiri.

Katanya, dia tidak nafikan rezeki daripada Tuhan tetapi apa yang ditekankan juga rezeki itu tidak datang bergolek.

Osman juga mengakui promosi filemnya Jwanita tidak sehebat Polis Evo yang mengambil masa promosi selama sebulan.

image

image

image

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *