19/05/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

FDAM galak ahli carum bersama PERKESO

1 min read

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyambut baik usaha kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang menawarkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kepada penggiat seni termasuk ahli FDAM.

Pengerusi FDAM, Datuk Afdlin Shauki berkata, atas perbincangan dan kerjasama FINAS dengan PERKESO, SKSPS ini sudah tentu memberi banyak manfaat kepada ahli FDAM yang sebelum ini tidak pernah membuat caruman mahupun mempunyai insurans peribadi.

“Seperti mana kita tahu, kebanyakan golongan penggiat seni tidak mempunyai pendapatan tetap, justeru ada yang mampu dan tidak mampu untuk mendapatkan insurans perlindungan diri sendiri. Apa yang menarik, SKSPS yang ditawarkan kali ini merupakan skim perlindungan insurans termurah untuk ahli FDAM sendiri mengambil peluang mencarum,” katanya dalam satu Kenyataan Media, hari ini.

FDAM turut menggalakkan ahli mereka untuk sertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Menurutnya, FDAM turut berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi, FINAS dan PERKESO kerana membantu 4,500 kuota untuk golongan penggiat seni membuat caruman menerusi SKSPS.

“Malah, ini juga menjadi peluang keemasan buat ahli FDAM kerana caruman yang ditawarkan akan dibiayai FINAS bagi tempoh setahun. FDAM menggalakkan semua ahli FDAM untuk menyertai SKSPS ini secepat mungkin sebagai persediaan dan perlindungan ketika bekerja.

“Risiko mendapat kemalangan kepada ahli seperti berada di set penggambaran boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh sebab itu, apabila setiap ahli menyertai SKSPS, ia sekurang-kurangnya dapat menampung sebarang kesulitan yang mungkin berlaku.” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *