07/03/2021

YouTube bahasa Arab Omar & Hana cecah lebih 100,000 langganan

2 min read

Mungkin tidak ramai yang tahu animasi tempatan popular, Omar & Hana turut mempunyai versi bahasa Arab.

Produksi Digital Durian mengumumkan saluran YouTube Arab siri animasi popularnya hasil usahasama dengan Astro ini berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan dalam enam bulan sejak pelancarannya pada Julai 2020 dan lebih 20 juta jam masa tontonan menunjukkan perkembangan yang menggalakkan bagi jenama Omar & Hana di persada antarabangsa.

Berdasarkan kaji selidik Digital Durian membabitkan golongan ibu bapa terhadap peminat Omar & Hana, terdapat permintaan untuk kandungan yang berasaskan Islam oleh ibu bapa dari rantauan Timur Tengah dan Utara Africa (MENA).

UAE tersenarai dalam 10 negara yang berminat dengan Omar & Hana YouTube versi bahasa Inggeris. Berdasarkan data statistik ini, keputusan menghasilkan siri Omar & Hana dalam bahasa Arab untuk memenuhi permintaan peminat yang semakin meningkat adalah langkah terbaik.

Menariknya, terdapat juga permintaan muzik instrumental yang mengikut budaya Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk digunakan. Pendekatan ini dilihat sebagai satu kejayaan berdasarkan pencapaian untuk saluran YouTube versi Bahasa Arab Omar & Hana.

Siri animasi Omar & Hana bukan saja digemari kanak-kanak tempatan tapi seluruh dunia.

Penerbit siri animasi Omar & Hana, Fadilah A. Rahman berkata, sambutan luar biasa daripada penonton Arab siri animasi Omar & Hana dalam bahasa Inggeris dan melihat ada permintaan untuk kandungan dalam bahasa Arab, terutama sokongan dari rautau MENA.

“Terima kasih kerana menyokong Omar & Hana bahasa Arab ini. Kami berharap agar dapat terus menyebarkan nilai-nilai murni ke seluruh dunia melalui kandungan Omar & Hana. Teruskan menonton dan jangan lupa untuk melanggan saluran rasmi YouTube Omar & Hana,” katanya dalam satu kenyataan media.

Video Omar & Hana versi bahasa Arab ditonton kanak-kanak serata dunia dari lebih 50 negara terutamanya di Arab Saudi, Turki, Iraq, Mesir dan Algeria.

Bahasa Arab merupakan bahasa keempat yang diterbitkan oleh Digital Durian bagi Omar & Hana, diikuti bahasa Malaysia, Inggeris dan Indonesia. Berita baik juga versi bahasa Urdu bakal disiarkan tidak lama lagi.

Siri animasi Omar & Hana bersiaran setiap Jumaat, jam 11 pagi di Astro Ceria. Kesemua episod juga boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO.

Maklumat lanjut mengenai Omar & Hana juga boleh didapati dengan melayari www.omarhana.com.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *