07/03/2021

“Saya hanya tukang kebun, lagunya ibarat bunga, diperagakan oleh orang lain untuk penggemar-penggemar berbeza” – Imran Ajmain

1 min read

Rela ku menunggumu,
Seribu tahun lama lagi,
Tapi benarkah hidup,
Aku ‘kan selama ini?…

Bait-bait lagu Seribu Tahun yang pernah dipopularkan penyanyi Imran Ajmain pada 2006 sentiasa diminati ramai. Terbaharu, penyanyi Najwa Latif turut memuat naik videonya menyanyikan lagu tersebut secara akustik.

Imran berkata, dia amat bangga lagu yang berusia 14 tahun itu sentiasa mendapat nafas baharu secara bermusim pada setiap tahun.

“Mereka yang baharu sahaja menemukan lagu ini mungkin tidak mengenali saya dan lagu-lagu saya sebelum ini. Mereka diperkenalkan dengan karya saya melalui idola-idola generasi mereka.

“Kekadang, mereka juga menyalah anggap lagu ini sebagai nyanyian/ciptaan asal artis-artis yang menyanyikan semula. Saya tak kisah. Saya hanya tukang kebun, lagunya ibarat bunga, diperagakan oleh orang lain untuk penggemar-penggemar berbeza. Kebahagiaan ini wajar dikongsi,” katanya menerusi status di Instagramnya, @imranajmain, semalam.

Jelasnya, perkara yang sama juga berlaku pada dirinya apabila menyanyikan semula sebuah lagu lama.

“Lagu berjudul Dikirim Jangan Dipesan Jangan nyanyian asal Datuk Andre Goh (1971) kini menjadi obsesi terkini saya setelah saya mendengar rakaman semula yang sangat indah oleh Dayang Nurfaizah,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *