07/03/2021

Rashid Sibir gesa stesen TV perbanyak drama bercorak agama dan ilmiah

1 min read

Nama Rashid Sibir suatu yang cukup besar dalam industri drama tempatan.

Pelbagai telefilem, drama bersiri hingga filem, sentuhannya sebagai pengarah memang terkesan pada penonton walaupun klimaks babak akhir ada ketika boleh dijangka penonton tetapi karyanya tetap disukai ramai.

Drama bersiri, Tanah Kubur yang disiarkan di Astro Oasis sejak bertahun-tahun menjadi karya yang dapat dibanggakan kerana ia berjaya disampaikan dengan cara menghiburkan.

Tanah Kubur sentiasa menjadi fenomena dalam penerbitan drama bercorak agama.

“Harap stesen TV memperbanyakkan lagi drama bercorak agama dan ilmiah ini supaya boleh dijadikan pengajaran pada anak-anak muda yang semakin lemah aqidah mereka,” katanya.

Pemilik Opera Klasik Kafe dan Bakeri yang terletak di pekan Rawang, Selangor ini mengakui hingga kini televisyen menjadi medium paling berpengaruh untuk memberi pengajaran kepada masyarakat.

“Mesej terus tepat pada jiwa dan minda mereka,” katanya.

Kejayaan drama bersiri Tanah Kubur bukan calang-calang trek rekod kerana sepanjang 5 tahun bersiaran di TV, ia sudah masuk musim ke-15.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *