04/03/2021

John Travolta lepaskan rumah agam 42 bilik

1 min read

Mungkin ramai peminat tidak tahu aktor terkenal Hollywood, John Travolta mempunyai rumah agam 42 bilik.

Rumah tersebut merupakan kenangan dia bersama mendiang isterinya, Kelly Preston yang dibeli pada tahun 1991 iaitu pada tahun sama mereka berkahwin.

Menariknya, rumah agam itu mempunyai 42 bilik di mana 22 bilik adalah bilik tidur. Menurut laporan media antarabangsa Eonline, rumah yang terletak di Maine. Amerika Syarikat itu dijual pada harga AS$5 juta.

Ia suatu dianggap luar biasa apabila rumah ada 42 bilik. (Foto: backgrid)

Hero filem popular, Saturday Night Fever itu mengambil keputusan menjual rumah agam itu selepas kehilangan isterinya yang meninggal dunia sejak 7 bulan lalu akibat kanser payudara. Rumah yang mempunyai keluasan 48 ekar itu terletak di lokasi sebuah pulau di Islesboro yang mempunyai permandangan pantai yang indah.

Rumah itu dikatakan mempunyai dekorasi yang eksentrik dengan kertas dinding dan perabot yang warna warni.

Rumah yang pernah menjadi kenangan bersama Travolta bersama mendiang isterinya. (Foto: backgrid)
Tingkap yang besar dan luas menjadikan persekitaran lebih terang. (Foto: backgrid)
Perabot warna warni menjadikan suasana lebih ceria dengan sinaran cahata matahari. (Foto: backgrid)
Ruang dapur yang nampak ringkas dan kemas. (Foto: backgrid)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *