07/03/2021

23.6 juta rakyat Malaysia bakal terima vaksin COVID-19 menerusi 3 fasa

1 min read

Army Spc. Angel Laureano holds a vial of the COVID-19 vaccine, Walter Reed National Military Medical Center, Bethesda, Md., Dec. 14, 2020. (DoD photo by Lisa Ferdinando)

Orang ramai boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara dalam talian.

Merujuk buku Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, dua kaedah pendaftaran secara dalam talian iaitu menerusi aplikasi MySejahtera atau laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan bekalan vaksin yang terhad di peringkat global mengakibatkan bekalan akan diterima juga secara berperingkat. Justeru, pemberian vaksin juga dibuat secara berperingkat.

Penentuan keutamaan dibuat berdasarkan risiko pendedahan terhadap jangkitan dan risiko komplikasi jangkitan COVID-19.

Tiada perbezaan kandungan dos pertama dan dos kedua kerana kandungannya adalah sama. Bagaimanapun, jarak antara dos pertama dan kedua ialah 3 minggu atau 21 hari.

Rakyat Malaysia boleh menyaksikan secara eksklusif ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 pada 21 Februari ini menerusi Facebook Live KKM bermula jam 9.00 pagi.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *