07/03/2021

Inspektor Lim Gerak Khas raikan hari bahagia

1 min read

Selamat pengantin baru buat Inspektor Lim dan pasangan.

Pelakon drama bersiri popular, Gerak Khas yang membawakan watak sebagai inspektor Lim akhirnya meraikan hari bahagia hari ini.

Berita dan gambar perkahwinan pelakon itu dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu status di akaun Facebooknya, hari ini.

Dr Zulkifli (kanan) bersama ‘Inspektor Lim’ dan pasangan yang selamat melangsungkan perkahwinan hari ini. (Foto: Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri – Facebook)

“Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Sub Inspektor Lim daripada Gerak Khas! Kebetulan terserempak dengan beliau selepas selesai urusan di JAWI, Kuala Lumpur semalam.

“Semoga En. Farid Amirul Hisham Abdullah dan isteri berbahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Saya pasti DCP Datuk Helmi dan Detektif Lingam amat gembira dengan perkhabaran ini,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *