07/03/2021

PRISMA sasar 40,000 peluang pekerjaan

1 min read

Lebih 9,000 penggiat industri kreatif dan 40,000 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan menerusi Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA).

Inisiatif yang dilancarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mempunyai 32 program merangkumi empat kategori iaitu filem, muzik, kandungan kreatif digital dan seni visual, persembahan serta kraf membabitkan penyediaan peruntukan sebanyak RM89.2 juta.

Program ini dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada 5 Februari lalu.

Maklumat mengenai permohonan Dana Kreatif dan Pembangunan Idea dan Skrip.

PRISMA dilaksanakan melalui tiga strategi utama iaitu memudah cara pembiayaan penghasilan kandungan kreatif, mengupayakan kapasiti dan kemahiran penggiat industri kreatif serta menyediakan akses pasaran bagi produk kreatif tempatan.

Antara program di bawah kategori filem ialah Dana Mikro, Skim Pindaan Milestone Dana Kandungan Digital (DKD), Borneo Pitch @ PRISMA DKD, Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Fasa 2, Program Creativity Never Stops dan Creative Business Revival Loan yang dilaksanakan secara berperingkat bermula 5 Februari lalu.

Carta proses permohonan Dana Kreatif dan Pembangunan Idea dan Skrip.

Permohonan Dana Mikro di bawah PRISMA merangkumi Dana Kreatif dan Pembangunan Idea dan Skrip hanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja.

Apa yang menarik mengenai PRISMA ialah permohonan bukan hanya terhad pada golongan penggiat seni semata-mata. Orang ramai yang mempunyai idea dan daya kreativiti boleh mencuba nasib.

Maklumat lanjut mengenai PRISMA boleh didapati di sini.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *