07/03/2021

Malagos jamu Malaysian Yee Sang

1 min read

Hari perayaan bagaikan tidak lengkap tanpa acara kunjung mengunjung.

Biarpun suasana kali ini berbeza akibat pandemik COVID-19 yang masih berleluasa, sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini tetap dapat diraikan.

Jika kebanyakan penyanyi dan pemuzik duduk rumah kerana tiada peluang mengadakan persembahan pentas tetapi ia bukan halangan buat kumpulan Malagos menghiburkan orang ramai khususnya rakyat Malaysia.

Malagos menampilkan konsep majmuk dan harmoni dalam muzik mereka.

Bagi peminat dan mereka yang pernah mendengar lagu-lagu daripada kumpulan ini, ia suatu yang unik kerana mereka membawa identiti rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup dalam suasana majmuk dan harmoni.

Menariknya, mereka hanya muncul ketika musim perayaan atau sambutan acara tertentu seperti Pilihan Raya Umum, Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina.

Malagos iaitu singkatan kepada Malaysian Amigos turut dianggotai penyanyi berpengalaman, Badri Ibrahim. Antara karya mereka yang mencuri tumpuan khalayak ialah Undilah Malaysia 2018, Kito Rayo 2018 dan Choy San Dou 2019.

Istimewa sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, mereka sekali lagi bergabung menghiburkan peminat dengan lagu terbaharu berjudul Malaysian Yee Sang.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *