28/02/2021

“Boleh ke agaknya kuasa sama Datuk Seri gunakan untuk mendapatkan mereka ini penempatan tetap? Merekalah wira yang tidak didendang” – luahan seorang doktor

1 min read

Jika dibuat pemerhatian secara rawak, orang ramai memang patuh prosedur operasi standard (SOP).

Pakai pelitup muka, imbas guna aplikasi MySejahtera ketika mengunjungi mana-mana premis, mengamalkan penjarakan fizikal dan menggunakan ‘hand sanitizer’.

Semua perkara tersebut sudah menjadi rutin rakyat Malaysia yang sayangkan nyawa dan tidak mahu RM1,000 lesap begitu saja. Bagaimanapun, baru-baru ini apabila kerajaan mengumumkan tempoh kuarantin Menteri yang kembali dari lawatan rasmi luar negara hanya 3 hari nampaknya menimbulkan banyak kekeliruan pada orang awam.

Sebagai rakyat Malaysia, kita semua hanya patuh arahan kerajaan. Namun, persoalan 3 hari tempoh kuarantin berbanding 10 hari kepada orang ramai yang masuk dari luar negara ke sini masih jadi tanda tanya.

Berkongsi persoalan yang sama, seorang pakar perubatan meluahkan pendapatnya berhubung kuarantin selama 3 hari yang disifatkan mewujudkan situasi dua darjat.

Beliau memuat naik pandangan tersebut menerusi akaun media sosialnya yang ditujukan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Nak kurangkan kuarantin, kenapa perlu selektif? Buat sahajalah untuk semua. Letak SOP, jalan terus,” katanya.

Beliau mendedahkan kakitangan perubatan yang bekerja menjaga wad pesakit COVID-19 terdiri daripada pegawai secara kontrak termasuk pengawai muda.

“Boleh ke agaknya kuasa yang sama Datuk Seri gunakan untuk mendapatkan mereka-mereka ini penempatan tetap? Merekalah wira yang tidak didendang,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *