07/03/2021

Farid Kamil bukan lagi Datuk

1 min read

Pelakon popular, Farid Kamil menyatakan pada khalayak dia bukan lagi Datuk.

Perkara itu dijelaskan pengarah filem itu menerusi akaun Instagramnya, hari ini.

“Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang. Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya. Saya kini dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 yang akan menemui penonton dalam tahun ini juga.” katanya.

Farid Kamil bakal muncul dengan filem terbaharu, Remp-it 2. (Foto: @faridkamilz – Instagram)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *