04/03/2021

SOP MKN dah ada, Penggiat seni sudah boleh bekerja!

1 min read

Seperti dijanjikan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk sektor industri kreatif sudah dibenarkan.

Merujuk pada penerangan SOP Pembangunan Kandungan Kreatif daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kebenaran penggambaran dan rakaman hanya dibenarkan untuk dijalankan di dalam studio.

Terdapat enam aktiviti yang dibenarkan iaitu produksi animasi/muzik, pascaproduksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio, praproduksi penggambaran dan penggambaran di studio tanpa penonton merangkumi drama, telefilem, iklan, dokumentari, sitkom, ‘live-streaming’, rakaman kebudayaan, seni dan warisan.

Bagi waktu operasi pula, hanya dibenarkan dari 8 pagi hingga 10 malam dengan kapasiti kerja pengurusan sebanyak 30 peratus manakala tenaga produksi tidak melebihi 20 orang.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *