28/02/2021

Tayangan eksklusif sitkom ‘Mamu Mami Gosip’ di YouTube FINAS Malaysia

1 min read

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Bahagian Kreatif dan Teknikal secara eksklusif mewujudkan slot terbaharu, ‘Sitkom’ di saluran rasmi media digitalnya, YouTube FINAS Malaysia.

Ia bertujuan bagi tayangan dan promosi karya- karya kreatif tempatan dalam genre komedi yang mengetengahkan kepelbagaian dan keunikan budaya serta cerita rakyat Malaysia.

FINAS menyatakan penghargaan kepada syarikat produksi tempatan, FS Creative Sdn Bhd dibawah milik pelakon, Fasha Sandha yang memberi kebenaran bagi tayangan eksklusif siri komedi ini di platform YouTube FINAS Malaysia.

Sitkom berdurasi setengah jam arahan Aizam Syamsul ini mengisahkan ragam penghuni di sebuah flat dengan pelbagai gelagat dan kisah mencuit hati dibintangi Kazar Saisi, Tauke Jambu, Delimawati, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Fikhree Bakar, Aidil Aziz, Amyza Aznan dan Afifah Nasir.

Selain itu, sitkom ini juga diserikan dengan penampilan bintang undangan terdiri daripada artis dan selebriti popular tanah air seperti Datuk Sri Shah Rezza, Zahirah MacWilson, Saharul Ridzwan, Kamal Adli, Fauziah Nawi, Allahyarham Abam Bochey, Imuda, Hazama, Farahdhiya, Achey, Ruhainies, Chef Zam, Shuib Sepahtu, Ebby Yus, Anzalna Nasir, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Zulin Aziz, Bell Ngasri, Joey, Azrel Ismail, Kilafairy, Sherry Ibrahim, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

Sitkom ‘Mamu Mami Gosip’ secara eksklusif di saluran YouTube FINAS Malaysia setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.30 malam bermula 10 Februari 2021.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *