28/02/2021

“Saya pernah ponteng sekolah sebab nak tonton The Godfather” – M Nasir

1 min read

Bakat seninya merangkumi pelbagai bidang muzik, filem, drama dan seni lukis.

Antara filem yang paling meninggalkan kesan pada peminat ialah Kembara Seniman Jalanan yang ditayangkan pada 1986. Datuk M Nasir menjelaskan di awal penghasilan filem itu, beliau bertemu dengan Nasir Jani untuk menawarkan rakannya itu menjadi pengarah filem tersebut.

“Saya bagitau dia saya ada skrip. Saya tunjukkan pada dia jalan cerita dan pada masa itu dia bekerja sebagai pengarah seni. Kami ada keserasian lalu dia tunjukkan skrip tersebut kepada produser, Zarul Al-Bakri,” katanya dalam program webinar berjudul ‘Trifecta: The Enigma of M. Nasir’ anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, baru-baru ini.

M Nasir berkongsi pengalaman sebagai anak seni menerusi program anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM, Shah Alam, baru-baru ini.

Menurutnya, Nasir Jani mempunyai kelebihan sebagai pengarah berdasarkan pengalaman rakannya itu dalam bidang perfileman. Dalam filem tersebut, M Nasir turut melakonkan watak pemuzik jalanan.

Jelasnya, pada awal pembabitan dalam bidang filem sebenarnya bukan sebagai pelakon tapi komposer muzik. Lagu Sandarkan Pada Kenangan merupakan lagu pertama yang diciptanya untuk filem Azura.

M Nasir menyifatkan album Phoenix Bangkit sebagai klimaks pencapaian album solo.

Akuinya, minat pada filem bermula sejak zaman remaja dan beliau memang minat menonton filem di pawagam.

“Saya tinggal di tengah Orchard Road di mana setiap hari ada filem ditayangkan. Saya pernah ponteng sekolah sebab nak tonton filem The Godfather,” katanya.

  • Kafebuzz.my
  • Foto: Nasir Jani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *