01/03/2021

Bertih jagung GSC boleh makan di rumah masa PKP

1 min read

Dah lebih setahun kita berdepan COVID-19, mesti banyak benda kita rindu.

Antaranya ‘popcorn’ atau bertih jagung pawagam memang sedap apabila di makan ketika menonton wayang di pawagam. Nak kata sama macam beli di pasar malam memang jauh beza dari segi rasa dan keenakkannya.

Sebut pasal bertih jagung pawagam memang mustahil untuk makan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan pawagam pun tutup operasi.

Namun, orang ramai yang merindui suasana berada di pawagam sambil menikmati bertih jagung boleh mengubat kerinduan mereka bersama Golden Screen Cinemas (GSC).

Berita baik buat peminat bertih jagung, kini anda boleh menikmati makan kegemaran tersebut terus dihantar ke rumah.

GSC memperkenalkan #PopcornandChill Family Combo, sesuai untuk dimakan 4 hingga 6 orang. Ia boleh dibeli menerusi Grab Food untuk tempoh penghantaran dari 12 tengahari hingga 8 malam.

Lokasi penghantaran seperti berikut:
🍿 GSC Mid Valley
🍿 GSC 1 Utama
🍿 GSC Melawati Mall
🍿 GSC IOI Puchong
🍿 GSC Paradigm Mall PJ
🍿 GSC MyTown
🍿 GSC EkoCheras
🍿 GSC Quill City Mall
🍿 GSC USJ Summit
🍿 GSC Nu Sentral
🍿 GSC IOI City Mall
🍿 GSC Alamanda Putrajaya
🍿 GSC Ipoh Parade
🍿 GSC Gurney Plaza, Penang
🍿 GSC Queensbay Mall, Penang
🍿 GSC Sunway Carnival
🍿 GSC The Mall, Mid Valley Southkey Johor
🍿 GSC Paradigm Mall, Johor
🍿 GSC AEON Bandaraya Melaka
🍿 GSC Dataran Pahlawan

Tempahan boleh dibuat di sini.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *