28/02/2021

Kisah anjing, ‘Badut Dari London’, babi terbang dan petisyen…

1 min read

Kesabaran manusia ada batasnya.

Ketika ini, situasi penggiat seni tidak dapat bekerja akibat pandemik COVID-19 masih berlanjutan. Apa yang menyedihkan, kebenaran untuk penggiat seni bekerja belum ada disebabkan tiada lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) diterima Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Hidup perlu diteruskan tapi bukan hanya berdiam diri. Justeru, sekumpulan penggiat seni mengambil inisiatif melancarkan kempen Solidariti Industri Kreatif untuk memperjuangkan nasib mereka.

Kempen tersebut turut mewujudkan petisyen supaya Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri agar mereka dipecat atau letak jawatan.

Sehingga kini sudah lebih 3,000 penggiat seni menurunkan tandatangan secara dalam talian menyokong petisyen tersebut.

Petisyen tersebut dipercayai bermula selepas Ahmad Idham memuat naik 2 status di Insta story akaun Instagramnya sebelum ini yang menyebut kisah anjing menyalak diikuti buat skrip ‘Badut dari London’.

Status Ahmad Idham di Insta story peribadinya yang dikatakan menyindir penggiat seni.

Status itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan penggiat seni yang beranggapan maksudnya ditujukan pada mereka. Sejurus selepas status itu, pengarah filem terkenal, Mamat Khalid turut memuat naik status kisah babi terbang. (Baca lagi: Mamat Khalid kongsi pantun 4 kerat ‘babi terbang’)

Status kedua Ahmad Idham di Insta story akaunnya yang menimbulkan tanda tanya sama ada beliau memang benar buat skrip terbaharu.

Seperti mana dalam filem atau drama, metafora atau subtext sesuatu visual membawa pelbagai maksud. Mungkin ia saling berkaitan atau ia boleh menjurus pada salah tanggapan.

Sehingga jam 10 pagi tadi petisyen Solidariti Industri Kreatif sudah mendapat lebih 3,000 tandatangan.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *