28/02/2021

“Jangan lu orang bergelar pelakon dengan bayaran gila-gila sebab ada ramai followers kat insta tapi buta sejarah” – Nasir Jani

2 min read

Pelakon baru tak kenal pelakon lama?

Mungkin ia dianggap tak penting tapi ia suatu yang memalukan diri sendiri sebagai anak seni yang tidak mahu mengambil tahu generasi terdahulu yang menyumbang pada pencapaian industri hiburan tanah air.

Bak kata pepatah, tiada yang lama, tiada yang baharu, justeru penggiat seni generasi baharu dinasihatkan jangan buta sejarah walaupun mereka sudah popular dan berstatus jutawan.

Perangai artis baharu sedemikian ditegur pengarah filem senior, Nasir Jani. Beliau meluahkan cerita tersebut daripada aktor popular Faizal Hussein yang bercerita arwah bapanya.

“Gua teringat Faizal Hussein ketika shooting filem Tombiruo (2016) ada cerita kat gua tentang ada pelakon baru tak kenal dan tak tahu siapa bapanya ini. Kepada pelakon generasi terkini cari dan beli buku ini, nak jadi pelakon mesti dan wajib tahu sejarah filem negara.

“Siapa pelakon-pelakon penting negara dan sumbangan seni mereka sebelum lu orang. Jangan lu orang bergelar pelakon dengan bayaran gila-gila sebab ada ramai followers kat insta tapi buta sejarah,” katanya menerusi satu status di media sosial.

Nasir Jani memberitahu dia sudah ‘khatam’ membaca buku Hussein Abu Hassan: The Cinderella Man. (Foto: Dilla Hussein – Instagram)

Pengarah filem popular Kembara Seniman Jalanan ini berkongsi cerita Allahyarham Hussein Abu Hassan selepas membaca buku biografi seniman tersohor itu berjudul Hussein Abu Hassan: The Cinderella Man.

“Dapatkan buku wajib baca ini untuk kenal sejarah tokoh-tokoh seni negara. Alfatihah buat roh Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarham Mahyun Ismail. Moga roh mereka dirahmati dan diampuni Allah,” katanya.

Bagi peminat dan orang ramai yang ingin membeli buku biografi tersebut yang ditulis Dilla Hussein boleh menghubungi Hidayah di talian 0341041300.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *