01/03/2021

Drebar & Behind The Wheel ajak pekena ‘Sup GearBox’

2 min read

Peminat bidang pemotoran dan kenderaan kini boleh menikmati SYOKcast baharu, ‘Sup GearBox: Borak Gosip Auto bersama Erywan & Chris’ (Sup Gearbox) merupakan siri audio dunia automotif Bahasa Melayu pertama di Malaysia, eksklusif di aplikasi SYOK.

Musim pertama siri ‘Sup Gearbox’ ini merupakan kolaborasi SYOK bersama Drebar.my dan BehindTheWheel.my, dua portal automotif terkemuka di Malaysia. Siri ini menampilkan Ketua Portal drebar.myErywan Nor Shal bersama Chris Ng (Ketua Portal BehindtheWheel.my) sebagai pengacara dan penulis siri audio santai ini. 

Erywan Nor Shal menunjukkan bakat sebagai pengacara program SYOKcast baharu, ‘Sup GearBox: Borak Gosip Auto bersama Erywan & Chris’.

Buat julung kali, idea siri SYOKcast ini dibentukkan daripada dua figura berpengalaman di dalam dunia automotif Malaysia.

Siri audio ini membawa perbincangan khas terkini tentang dunia automotif yang pasti memberangsangkan buat para peminat, termasuk isu yang kerap membelenggu pendengar serta penyelesaiannya, seperti pemilihan kenderaan, cara pengendalian kenderaan yang efektif dan pandangan terhadap dunia automotif permotoran dan kenderaan. 

Apa yang menarik, SYOKcast ‘Sup Gearbox’ turut menampilkan beberapa tetamu jemputan yang mahir dalam bidang automotif seperti Gan Yong Li, juga dikenali sebagai Gan Comel, pengasas portal pandulaju.com.my dan YouTube Pandu Laju; dan Ahirine Ahirudin merupakan wartawan Hlive iaitu program terbitan Astro Ria juga seorang penggiat sukan permotoran lasak seperti ‘off-road’ dan berkuasa tinggi.

Chris Ng tampil kelainan dari portal Behind The Wheel kepada aplikasi Syok.

Antara sepuluh topik dalam siri Sup Gearbox musim pertama ini termasuk, ‘Kereta Baru Atau Terpakai?’, ‘Kereta Atau Motosikal?’, ‘Pinjaman 9 Atau 7 tahun’, ‘Sedan vs. SUV’, ‘Moped, Skuter dan Supermoped’, ‘Big Bike, Berbaloi Ker?’ dan ‘Pemandu Malaysia Teruk!’.

Episod pertama dan kedua sudah disediakan di aplikasi SYOK, dalam kategori ‘SYOKCasts’ dan peminat-peminat boleh dengarkan episod-episod ‘Sup Gearbox’ seterusnya setiap Rabu, 11 pagi, menerusi laman rasmi dan di aplikasi SYOK.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *