07/03/2021

Drama Melayu punya pasal, peminat ugut cedera diri sendiri jika watak mati

1 min read

Ia bukan babak dalam drama tapi memang benar berlaku.

Seorang budak perempuan mahu mencederakan diri sendiri gara-gara tidak mahu watak kesukaannya dalam sebuah drama dimatikan. Cerita tersebut dikongsi pengarah drama berpengalaman, Murali Abdullah yang berdepan situasi penonton beremosi sedemikian. 

Jelasnya, watak tersebut merujuk pada lakonan Datuk Eizlan Yusof sebagai Sulaiman dalam drama bersiri popular, Jaguh-Jaguh. 

“Saya masih ingat lagi, ada kes seorang budak perempuan ingin mencederakan dirinya jika watak Sulaiman meninggal dunia dalam episod ke-14.

“Dalam skrip asal memang watak lakonan Eizlan Yusof itu mati akibat sakit kanser tetapi tanpa pengetahuan pihak Penerbit, wataknya terus saya hidupkan,” katanya dalam status di Facebook, semalam.

Ujarnya, drama bersiri tersebut meraih sambutan luar biasa daripada penonton.

“Ini antara drama awal saya. Drama ini yang melonjakkan nama saya ke pesada seni Malaysia.

“Saya terpaksa melalui perbagai liku dan sabotaj untuk menghasilkan drama bersiri 14 episod ini. Sambutan penonton drama ini sangat-sangat luar biasa,” katanya.

Murali berkongsi kisah kenangan ketika bersama drama popular zaman 90-an itu di media sosial selepas ia juga dikongsi pelakon asal yang lain seperti Ainina Ahmad B, Rusdi Ramli dan Fendi Abu Bakar.

Dalam pada itu, Murali yang bertindak sebagai pengarah drama itu menyatakan Fendi yang memegang watak Mazlan berhasrat menyambung semula drama tersebut.

“Saya masih berfikir perlukah saya menyambung drama ini balik. Masih adakah penonton yang masih ingin menonton drama bersiri Jaguh-Jaguh 2?,” katanya. 

Drama bersiri Jaguh-jaguh yang disiarkan di TV pada era 90-an mengangkat kisah kehidupan pemain badminton yang berdepan pelbagai cabaran.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *