26/02/2021

Suara Sepahtu di radio seperti ‘kucing dari syurga’

2 min read

Sepahtu masih unggul sebagai pelawak paling popular hingga kini.

Kumpulan lawak yang dianggotai Jep, Shuib, Rahim dan Ilya Buang membuktikan mereka terus diminati ramai menerusi program lawak pentas, Warung Sepahtu.

Dalam program sitkom tersebut yang disiarkan menerusi Astro Warna malam tadi, Sepahtu turut menjemput dua penyampai radio otai ke pentas iaitu Noramin ‘Mosyi Mosyi’ dan Isma Halil Hamzah.

Penyampai radio berpengalaman, Noramin dijemput sebagai tetamu program sitkom Warung Sepahtu yang disiarkan malam tadi.

Sembang secara santai sambil kedua tetamu itu dijamu mi, mereka juga berkongsi pengalaman silam ketika menjadi penyampai radio atau deejay. Apa yang menarik dikongsi Noramin yang pernah bertugas di Jepun, dia menyifatkan suara Sepahtu seperti kucing ketika di radio.

Tafsiran penonton mungkin beranggapan suara kucing itu suatu yang manja atau boleh membingitkan seperti ketika kucing bergaduh tapi lain pula maksud yang cuba disampaikan Noramin.

Dalam nada seperti berseloroh, beliau sebenarnya memberi perumpaan bunyi kucing itu ialah ‘kucing dari syurga’ yang secara tidak langsung ia suatu yang sedap dan digemari ramai pendengar.

Aksi kumpulan Sepahtu dinantikan penonton pada setiap minggu.

Dalam kalangan anggota Sepahtu, hanya Jep dan Rahim yang masih bertahan sebagai penyampai radio manakala Shuib sudah menamatkan kontrak pada penghujung bulan lalu.

Jika dibuat perbandingan jumlah pengikut di Instgaram, Jep mendahului rakan Sepahtu yang lain sebanyak 4.2 juta pengikut manakala Shuib (3.7 juta) dan Rahim (447,000).

Populariti Jep dan Rahim menjadikan mereka terus kekal sebagai penyampai radio di Sinar. Mereka berdua membuktikan bakat pelawak jadi pilihan ramai pendengar dan pada masa sama, aksi jenaka mereka di pentas seperti di Warung Sepahtu dinantikan penonton pada setiap minggu, Khamis jam 9 malam di Astro Warna.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *