28/02/2021

Mamat Khalid kongsi pantun 4 kerat ‘babi terbang’

1 min read

Jika ikutkan esok dah cuti hujung minggu pastinya masa terbaik bersama keluarga.

Bagaimanapun, akibat penangan PKP setiap hari umpama hari Ahad. Ramai tidak berkerja termasuk penggiat seni seperti pelakon, pengarah dan kru produksi hanya duduk di rumah.

Sepanjang minggu ini juga kecoh isu penggiat seni ‘bertelagah’ dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berhubung isu Prosedur Operasi Standard (SOP).

Penggiat seni masih menanti keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar kebenaran diberikan untuk mereka kembali bekerja.

FINAS sudah memberi kenyataan mereka ada menghantar SOP kepada MKN. Namun, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) hari ini menyatakan tiada SOP diterima MKN. Jadi, mana satu yang betul?

Penggiat seni masih tertanya-tanya sama ada SOP memang benar sudah dihantar pihak berkenaan kepada MKN atau ia hanya sembang ‘babi terbang’.

Dalam pemahaman umum, sembang babi terbang membawa maksud kenyataan seseorang yang tidak boleh dipercayai, sekadar cakap besar atau niat berbohong.

Dalam satu status terbaharu, pengarah filem terkenal Mamat Khalid berkongsi pantun 4 kerat bersama gambar seekor babi terbang. Apa maksud yang mahu disampaikan pengarah drama bersiri popular, Kampong Pisang itu?

Status Mamat Khalid yang menimbulkan tanda tanya pada peminat.

Di sebalik pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak setahun lalu ia memberi kesan secara langsung pada emosi manusia yang kehilangan kerja dan tidak dapat bekerja.

Persoalannya, ke mana babi itu akan terbang? Apakah babi boleh berkawan dengan anjing atau sebaliknya. Kita tunggu kesudahan plot ini nanti.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *