07/03/2021

“Brader gua ini akan sangat berasa kehilangan…” – Pyanhabib

1 min read

Kehilangan orang tersayang memang sangat dirindui apatah lagi ia berlaku ketika pandemik COVID-19 membataskan pergerakan kita semua.

Semalam, industri muzik tanah air turut bersimpati dengan komposer yang juga penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir yang kehilangan bapanya.

Dalam satu status rakan artis, Pyanhabib berkongsi kesedihan dilalui sahabatnya itu.

“M. nasir (datuk) kehilangan ayahanda pagi tadi. Jenazah ayahandanya selamat dikebumi selepas zuhur di pusara abadi, Singapura.

“Brader gua ini akan sangat berasa kehilangan lantaran dia tidak dapat pulang menziarahi saat akhir ayahandanya, Haji Muhammad bin Sam, 96, seorang bekas imam besar masjid, lantaran sebarang rentas daerah negeri dan negara tertakluk pada kelulusan dan permohonan brader gua untuk pulang tidak dibenarkan.

“Alangkah baik hati kita kalau kebenaran diberi walau hanya untuk M Nasir seorang selaku ketua keluarga, dibenar atau tidak memasuki singapura terserah kepada budi bicara pihak berkuasa negara di seberang tambak johor itu.

“Gua terkenang saat brader gua ini memeluk dan menangis teresak di dada ayahandanya pada subuh awal ogos 1998 semasa dia kehilangan nana @ Junainah (ibu ilham, yassin, hidayat, shafie, nur nilam sari) – Allahyarhamah Junainah, 36, meninggal dunia sekitar dua bulan selepas melahirkan Nur Nilam Sari,” katanya menerusi status di Facebook, semalam.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bapa M. Nasir. Alfatihah

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *