28/02/2021

“Pesakit COVID bukan penjenayah, kalau korang rasa simptom tampilkan diri buat saringan…” – Aprena Manrose mangsa terbaru COVID-19

1 min read

Pelakon jelita, Aprena Manrose menjadi selebriti tempatan terkini yang dijangkiti COVID-19.

Dia memaklumkan status dirinya itu menerusi akaun media sosialnya di Instagram, @mrsaprenamanrose hari ini. Dia mendapat keputusan positif COVID-19 selepas mengakui tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

“Saya memang sejenis ‘penakut’ tapi lagi takut bila tahu result saya positive. Saya pun tak tahu macam mana boleh kena tapi kronologi nya saya akan cerita di ig story.

“Setelah beberapa hari tak sedap badan, saya tahu emma ada buat swab test dkt rmh then i terus minta contact. thank you @emma_maembongofficial and @kumpulan_megaklinik_zahran for your good service. The next day saya terus buat swab test dirumah saya dan agak terkejut bila tahu diri ni positive,” jelasnya.

Pelakon filem Jodoh Syaitan itu turut memberi nasihat pada mereka yang turut dijangkiti COVID-19 agar bertenang dan sentiasa bersikap positif.

“As we know kes semakin meningkat, posibility utk kita dijangkiti sangat tinggi. Kepada rakyat Malaysia tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab follow SOP yang ditetapkan.

“Pesakit covid bukan penjenayah, kalau korang rasa ada symptoms tampil kan diri buat saringan atau berkurung dirumah selama 10 hari. Jika tidak, mungkin korang boleh spread kan lagi virus tu. we can fight this together! insyaAllah,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *