07/03/2021

Penggambaran tidak dibenarkan di seluruh kawasan PKP

1 min read

Nampaknya penggiat seni perlu bertabah lagi 2 minggu.

Ia berikutan tindakan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur dan Selangor sehingga 4 Februari depan.

Sebelum ini wujud kekeliruan sama ada penggambaran boleh diteruskan di dalam kawasan tertutup ketika PKP.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, FINAS memaklumkan kepada semua syarikat produksi bahawa aktiviti penggambaran adalah tidak dibenarkan di seluruh kawasan yang dikuatkuasakan PKP.

“Justeru, FINAS mencadangkan kepada mana-mana syarikat produksi yang sedang menjalankan aktiviti penggambaran di negeri yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB) pada masa ini agar menyegerakan perjalanan pulang bagi mengelakkan sebarang kekangan dan kesulitan sebelum pelaksanaan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak berkuatkuasa 22 Januari 2021,” katanya.

Tambahnya, FINAS melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mendapatkan pencerahan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkara tersebut.

“Rentetan daripada itu, FINAS mengesyorkan kepada mana- mana syarikat produksi yang ingin melakukan perjalanan pulang melibatkan pergerakan rentas negeri perlulah mendapatkan kelulusan pergerakan rentas negeri daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyertakan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) yang dikeluarkan oleh FINAS sebagai dokumen sokongan,” katanya.

  • Kafebuzz.my
  • Foto cover: filem Tiada Tajuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *