07/03/2021

BIGO Awards Gala bakal himpun 400 juta pengguna global

2 min read

Populariti aplikasi Bigo Live yang mencipta fenomena dalam kalangan pengguna media sosial terus meraih perhatian ramai apabila bakal berlangsung BIGO Awards Gala 2021.

Acara anugerah tahunan yang dianjurkan buat kali kedua ini dihoskan BIGO Technology (BIGO) akan diadakan pada 21 Januari 2021 jam 8 malam menerusi platform Bigo Live (Bigo ID: music).

Membawa tema ‘Menghubungkan dunia’, BIGO secara spesifik menganjurkan acara tersebut dengan menggunakan platform yang mendahului pelayar media sosial dari seluruh dunia.

Bagi penganjuran tahun ini. sudah tentu acara ini juga dibawakan secara maya sepenuhnya. BIGO merancang untuk membuka persembahan menerusi maskot maya DINO. Lebih dari 72 keluarga terdiri daripada kumpulan pengguna aplikasi BIGO Live dan 78 penyiar yang akan diraikan dalam acara gala tahunan ini.

Terdapat 4 kategori dipertandingkan iaitu Penyiar Serantau Terbaik, Keluarga Serantau Terbaik, Penyiar Global Terbaik dan Keluar Global Terbaik. Kali ini, penyiar dipilih dari 150 negara di seluruh dunia.

“COVID-19 memaksa kita semua melakukan penjarakan fizikal daripada orang lain yang kita sayang dan majoriti acara dibuat secara maya yang menyebabkan penstriman secara langsung adalah saluran terbaik yang menghubungkan orang ramai dari seluruh dunia berkongsi pengalaman masa kini.

“Di sebalik pandemik, pengguna BIGO Live membuktikan anda tidak perlu bersama secara fizikal untuk mewujudkan hubungan yang bermakna. Kami sangat berbangga bagaimana pengguna kami memberi sokogan satu sama lain ketika tahun yang mencabar dan teruja meraikan impak yang menghubungkan dunia menerusi penstriman secara langsung,” kata jurucakap BIGO Technology dalam satu kenyataan media.

Menariknya, acara ini akan menampilkan aneka persembahan seperti tarian api, DJ sets, tarian K-pop dan lagu Urdu. Bersama lebih 400 juta pengguna global secara keseluruhan, persembahan berkenaan bermatlamat menggambarkan kepelbagaian dan audiens global yang menggunakan BIGO Live setiap hari.

Acara ini juga menawarkan cara baharu yang lebih mengujakan buat audiens untuk turut serta secara maya. Hanya mengundi penyiar kegemaran, keluarga dan persembahan, ahli audiens berpeluang dapat tiket yang boleh digunakan untuk cabutan bertuah.

Hadiahnya, bantal Dino selain hadiah virtual berupa pendants, efek pintu masuk, lencana dan pingat yang secara spesifik direka untuk acara gala ini.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *