18/01/2021

Kisah benar pencuci tandas jadi pengarah filem

1 min read

Masa depan manusia memang sukar diduga.

Sejak zaman kanak-kanak hingga dewasa, masing-masing pasti mempunyai cita-cita tapi selalunya apa yang berlaku dalam hidup bukanlah seperti dirancang.

Begitu juga kisah hidup yang dikongsi pengarah drama popular, Murali Abdullah yang menyingkap perjalanan karier seninya sebagai pengarah filem.

Ujarnya, dia suatu ketika dulu iaitu 32 tahun lalu pernah bekerja sebagai pencuci tandas sebelum menjadi jurukamera setahun kemudian.

“Jauh sungguh perjalanan saya, dari seorang pencuci toilet kepada seorang pengarah filem,” katanya dalam satu status di Facebook akaunnya, hari ini.

Gambar tahun 2020 yang dikongsi Murali (empat dari kiri) menerusi Facebook akaunnya. (Foto: Murali Abdullah – Facebook)

Murali atau nama penuhnya, Muhammad Murali Abdullah merupakan seorang pengarah filem dan drama yang masih aktif berkarya biarpun sebelum ini terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.

Dia mengakui hidupnya kini semakin tenang bila menghampiri penghujung nyawa.

Semangat Murali untuk mengubah nasib hidup dari pencuci tandas kepada pengarah filem suatu yang boleh dijadikan inspirasi pada orang lain.

Tiada yang mustahil jika mahu berubah dan berjaya.

Murali (duduk, kanan) ketika bekerja sebagai jurukamera pada tahun 1989. (Foto: Murali Abdullah – Facebook)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *