18/01/2021

Orang ramai berebut beli ayam Rosyam Nor

1 min read

Suasana memang meriah.

Itu gambaran pasaraya, ST Rosyam Mart yang dimiliki bersama pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor yang dikunjungi ramai pengunjung, semalam.

Usaha aktor filem Castello ini dalam bisnes pasaraya nampaknya membuahkan hasil apabila premis perniagaannya itu dikunjungi orang ramai yang membeli barang keperluan harian.

Dalam satu video yang dimuat naik Rosyam di akaun Instagramnya, @iamrosyam beliau turut menunjukkan suasana pasaraya tersebut yang kelihatan cukup selesa membeli pelbagai barang dapur.

Lebih menarik, Rosyam mencatat satu lagi pencapaian dalam karier bisnesnya itu selepas membuka cawangan baru di USJ Taipan, Subang Jaya Selangor, malam tadi.

Rosyam membuka cawangan terbaharu bisnes pasarayanya, ST Rosyam Mart di USJ Taipan Subang Jaya, semalam.

Merujuk video tersebut, Rosyam memberitahu antara barang keperluan yang menjadi rebutan ramai pembeli ialah ayam mentah yang dijual RM3.88 sekilogram.

“Seorang pelanggan hanya boleh beli seekor ayam saja,” katanya.

Rosyam yang mengusahakan bisnes pasaraya bersama 2 lagi rakan kongsinya itu merupakan selebriti contoh yang berjaya dalam bisnes dan memberi inspirasi pada rakan artis lain menjadi usahawan.

Rosyam turun padang menguruskan bisnes pasarayanya.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *