18/01/2021

Sehari sebelum pembedahan jantung, Bob Lokman terima sumbangan Ebit Lew

2 min read

Setiap kali mendengar lagu Isabella, ia mengingatkan Bob Lokman.

Nama beliau cukup gah dalam industri muzik tanah air sebagai penulis lirik lagu yang dipopularkan kumpulan rock tersohor, Search. Siapa sangka, di kala kehidupan Bob kini berdepan ujian Allah, dia menerima kunjungan saudara Islam yang datang membantu.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew tampil menghulurkan sumbangan buat Bob Lokman. Dalam status di media sosial, Ebit berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Bob yang tidak tahan menahan sebak atas bantuan tersebut.

“Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Pasir Mas Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu isabella. Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari. Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya.

“Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi.

“Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang bob lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat-ebitlew,” katanya dalam satu status di Instagramnya, @ebitlew.

Bob Lokman sebak ketika menerima kunjungan Ebit Lew di rumah selebriti itu di Pasir Mas, Kelantan. (Foto: Ebit Lew – Facebook)

Pastinya, pertolongan sebegini suatu yang sangat bermakna buat Bob yang akan menjalani pembedahan jantung esok. Usaha murni Ebit membantu golongan yang dalam kesempitan dan kesusahan sering menarik perhatian khalayak yang mengikuti perkongsian aktivitinya di media sosial.

Apa yang dilakukannya, diharap menjadi contoh pada golongan kaya agar lebih prihatin dalam membantu orang lain dalam kesusahan. Apa guna harta yang banyak jika manusia itu sendiri tidak mampu membantu manusia lain.

Ebit berdoa Bob Lokman kembali sihat agar dapat terus berdakwah pada masyarakat. (Foto: Ebit Lew – Facebook)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *