18/01/2021

Mawi lamar 2 pelakon komedi otai, dedah judul filem terbaharu

2 min read

Impian Mawi menghasilkan filem kedua memang serius.

Malah, dia memilih genre seram sebagai pilihan filem baharunya itu yang berbeza daripada genre komedi Islamik dalam filem pertamanya lalu.

Baru-baru ini, penyampai radio Zayan ini membuat hebahan di media sosial menerusi akaunnya memaklumkan dia membuka peluang pada sesiapa saja untuk mencuba nasib sebagai pelakon filem kali ini. (Baca lagi: “Tak kira rupa…” – Mawi letak syarat sesiapa saja boleh cuba nasib jadi pelakon filem terbaharunya)

Perkembangan seterusnya, Mawi sudah melamar dua pelakon popular untuk menjadi pelakon utama filem seramnya nanti.

Tanpa berselindung, Mawi memaklumkan pada peminat dan netizen di media sosial, dia memilih dua pelakon komedi popular iaitu Saiful Apek dan Syanie sebagai pelakon utama juga menjadi pasangan hero dan heroin dalam filem terbaharunya ini.

Jelas Mawi, dia memilih dua pelakon komedi popular ini kerana dia percaya ramai peminat yang merindui kemunculan semula dua pelakon berpengalaman ini.

“Keserasian antara Saiful Apek dan Syanie seperti mana kita tahu, mereka memang ‘best’ dari dulu. Saya juga peminat mereka dan suka tengok aksi mereka dahulu dalam filem,” katanya kepada Kafebuzz.

Mawi memilih Syanie sebagai heroin dalam filem terbaharu arahannya nanti.

Ujarnya, filem kedua arahannya ini yang berjudul Hantu Kuat Ketawa turut menggabungkan elemen komedi. Ini bermakna, Mawi bakal muncul dengan filem seram komedi selepas Tiada Tajuk ditayangkan pada tahun lalu.

Percaturan Mawi memilih pelakon senior untuk menerajui filem baharu dianggap mencabar dan berbeza daripada produser filem lain yang lebih memilih pelakon baru dan muda untuk diangkat sebagai hero dan heroin.

Saiful Apek kembali sebagai pelakon utama dalam filem terbaharu, Hantu Kuat Ketawa.

Saiful Apek dan Syanie pernah digandingkan di layar perak sebelum ini seperti filem Cinta Luar Biasa arahan Rashid Sibir dan Biar Betul yang diarahkan Aziz M Osman.

Bagaimanapun, Mawi menjelaskan gandingan Saiful Apek dan Syanie juga mampu membuat ‘comeback’ buat peminat yang merindui zaman kegemilangan pelakon komedi suatu ketika dulu.

Mawi bersama dua pelakon filem keduanya iaitu Syanie dan Along Cham.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *